Isnin, 3 Mei 2021

Daftar Akaun Google

Jika anda ingin membuat penulisan dalam blog, pertama sekali anda mesti mempunyai akaun google terlebih dahulu kerana blogspot adalah produk google juga.  Ini adalah bertujuan untuk anda login dan mendapatkan sebarang pemakluman dari blogspot itu sendiri melalui emel.  Jika anda belum mempunyai akaun google anda boleh mendaftar di link ini  http://mail.google.com/mail/signup.

Anda diminta untuk memasukkan maklumat dalam borang yang disediakan seperti dalam imej di bawah ini.  Butiran yang diperlukan seperti berikut

1.  Nama Pertama -  Nama  Penuh anda

2.  Nama Keluarga - Nama Bapa

3. Nama Pengguna - Anda boleh cipta nama pena anda atau apa juga yang anda suka (jangan lupa nama yang anda telah cipta kerana ini adalah kunci untuk anda membuka blog anda nanti)

4.  Kata Laluan - Anda boleh cipta kata laluan yang anda perlu merahsiakan kata laluan ini  dan tidak boleh diberi kepada orang lain kerana maklumat anda akan diketahui oleh orang lain atau blog anda akan diubah suai tanpa pengetahuan anda.

Klik kekotak Seterusnya


Selepas anda klik kekotak Seterusnya, selanjutnya akan terpapar borang  di skrin seperti berikut.  Dalam kekotak kosong itu, akan terpapar nama akaun anda.  Saya sahaja kosongkan dan buat kekotak kerana ada maklumat saya.

Seterusnya anda diminta untuk mengisi maklumat yang lain seperti berikut;

1.    Nombor telefon bimbit anda.   

2.  Alamat emel pemulihan.  Anda boleh memasukkan emel anda sedia ada yang lain untuk keselamatan anda jika anda lupa kata laluan akaun google ini nanti.

3.   Tarikh Lahir Anda

4.   Jantina



Setelah anda mengisi maklumat tersebut, akan terpapar imej di bawah untuk tindakan anda selanjutnya.  Di dalam kekotak tersebut akan terpapar nombor telefon bimbit anda.  Saya sahaja kosongkan dan buat kekotak kerana ada maklumat saya.


Langkah seterusnya anda diminta untuk klik kekotak Hantar untuk mendapatkan kod pengesahan daripada pihak google.   Setelah anda klik kekotak Hantar, pihak google akan menghantar kod pengesahan melalui pesanan di telefon bimbit anda.  Imej untuk masukkan kod tersebut seperti berikut;

Masukkan kod pengesahan yang diterima dalam kekotak kod pengesasahan G-_______.  Kod pengesahan yang diterima biasanya ada 6 digit.


Setelah anda memasukkan nombor kod pengesahan yang diberikan, satu imej akan terpapar di skin anda seperti berikut;

Seterusnya anda klik kekotak Ya, saya sertai


Setelah anda klik Ya, saya sertai akan keluar imej seperti di bawah.   Anda dikehendaki klik di kekotak Saya setuju



Seterusnya akan terpapar di skrin anda, akaun google anda sseperti di imej di bawah ini.  Seperti biasa kekotak itu saya kosongkan kerana maklumat diri saya.  Oleh yang demikian emel yang anda cipta itulah akaun google anda.   Selamat mencuba.


Anda suka menulis?

Ramai yang suka menulis bukan?  Ada yang suka menulis aktiviti harian dalam diari, dalam buku nota untuk merekod perkara yang penting, dan apa juga untuk dicatatkan supaya dapat dijadikan rujukan mahupun kenangan.  Tapi bila diari sudah bertukar tahun, anda terpaksa mendapatkan diari yang baharu atau buku nota sudah penuh terpaksa mendapatkan buku nota yang baharu.  Dengan amalan yang begini, sudah tentu penulisan anda tidak akan selamat dan rosak kerana diari atau buku nota akan lusuh atau rosak atau mungkin hilang.

Jadi saya sarankan sekiranya anda ingin menulis dalam apa juga bidang, anda boleh menulis dan menyimpan dalam blog supaya ia tetap kekal  tersimpan dan boleh dibaca semula walaupun bertahun-tahun anda menyimpannya.   Yang bagusnya anda boleh mengedit semula penulisan tersebut mengikut kehendak anda.  Anda juga boleh menulis tentang diri anda  jika tulisan tersebut untuk diri anda sahaja.

Satu lagi anda boleh menulis mengikut kategori yang telah anda buat.   Anda boleh membuat  blog baharu mengikut peringkat umur atau bidang yang anda sendiri tetapkan.  Selain itu anda boleh memasukkan "upload" gambar atau video anda bersesuaian dengan blog anda.  Atau anda boleh memasukkan video dari youtube dengan memasukkan url youtube itu sendiri.

Daftar Akaun Google

Jika anda ingin membuat penulisan dalam blog, pertama sekali anda mesti mempunyai akaun google terlebih dahulu kerana blogspot adalah produk...