Ramai yang suka menulis bukan? Ada yang suka menulis aktiviti harian dalam diari, dalam buku nota untuk merekod perkara yang penting, dan apa juga untuk dicatatkan supaya dapat dijadikan rujukan mahupun kenangan. Tapi bila diari sudah bertukar tahun, anda terpaksa mendapatkan diari yang baharu atau buku nota sudah penuh terpaksa mendapatkan buku nota yang baharu. Dengan amalan yang begini, sudah tentu penulisan anda tidak akan selamat dan rosak kerana diari atau buku nota akan lusuh atau rosak atau mungkin hilang.
Jadi saya sarankan sekiranya anda ingin menulis dalam apa juga bidang, anda boleh menulis dan menyimpan dalam blog supaya ia tetap kekal tersimpan dan boleh dibaca semula walaupun bertahun-tahun anda menyimpannya. Yang bagusnya anda boleh mengedit semula penulisan tersebut mengikut kehendak anda. Anda juga boleh menulis tentang diri anda jika tulisan tersebut untuk diri anda sahaja.
Satu lagi anda boleh menulis mengikut kategori yang telah anda buat. Anda boleh membuat blog baharu mengikut peringkat umur atau bidang yang anda sendiri tetapkan. Selain itu anda boleh memasukkan "upload" gambar atau video anda bersesuaian dengan blog anda. Atau anda boleh memasukkan video dari youtube dengan memasukkan url youtube itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan